HIKMAH SEMBELIHAN
1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria, darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM.
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain.
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih. Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan.
Oleh itu, haiwan tersebut tidak merasai kesakitan. Ketika hampir mati, haiwan itu meronta, menggeliang-geliut, menggeletar dan menendang, bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan.
SYARAT SAH SEMBELIHAN
- Alat sembelihan mestilah berada dalam keadaan yang tajam tidak kiralah anda menggunakan pisau, parang atau kapak. Tujuan penggunaan alat sembelihan yang tajam adalah untuk mempercepatkan sembelihan agar haiwan tersebut mati dengan serta merta.
- Saluran pernafasan, kerongkong dan saluran darah haiwan tersebut mestilah dikerat.
- Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala haiwan tersebut dibuang. Pengeluaran darah ini bertujuan mengelakkan haiwan daripada mudah dijangkiti bakteria.
No comments:
Post a Comment