Friday, 25 November 2022

LAMAN UTAMA

 


MPU23052

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM


KUMPULAN : 3



NAMA ; AZIM AIZAD BIN RAZALI
NO.MATRIK : 04DKA21F2040



NAMA: ADIB MUQRI BIN MOHD ROSLAN
NO.MATRIK : 04DKA21F2008



NAMA : AHMAD ALIF AKRAM BIN MOHD NOOR 
NO.MATRIK : 04DKA21F2020   
 


NAMA PENSYARAH :

ALINAWATI BT ABDUL AZIZ@KAMARULZAMAN


 PENDAHULUAN



Kesemua umat Islam diwajibkan untuk menyembelih binatang pada Hari Eidul Adha bagi mengikuti syariat Nabi Allah Ibrahim yang telah menunaikan perintah Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya nabi Allah Ismail. Binatang yang dibolehkan untuk dijadikan binatang korban ialah seperti unta, lembu, kerbau dan lain-lain yang dibolehkan untuk disembelih.


 AYAT AL-QURAN DAN HADIS TENTANG SEMBELIHAN


 Dan Allah juga berfirman pada Surah Al-Hajj [ayat 34]: 

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ ۙ



Kenapakah binatang ternakan perlu disembelih sebelum boleh dimakan?.  Kenapa tidak boleh dimatikan dengan pelbagai kaedah lain?. Allah SWT telah berfirman dengan sangat jelas bahawa binatang yang dimatikan dengan cara selain dari menyembelih dengan menyebut nama Allah adalah bangkai dan haram di makan. Dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:3) Allah SWT berfirman yang berbunyi:


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَآ اُهِلَّ لِغَيْرِ اللّٰهِ بِهٖ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوْذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيْحَةُ وَمَآ اَكَلَ السَّبُعُ اِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْۗ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَاَنْ تَسْتَقْسِمُوْا بِالْاَزْلَامِۗ ذٰلِكُمْ فِسْقٌۗ اَلْيَوْمَ يَىِٕسَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ دِيْنِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِۗ اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ الْاِسْلَامَ دِيْنًاۗ فَمَنِ اضْطُرَّ فِيْ مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّاِثْمٍۙ فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ


Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) hewan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah), (karena) itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridai Islam sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa karena lapar, bukan karena ingin berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

 PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA TENTANG SEMBELIHAN


Kata al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH:

“Hendaklah penyembelih dalam kalangan orang yang dapat berniat untuk melakukan sembelihan, iaitulahlah mestilah seorang yang mumayyiz lagi berakal. Tidak halal apa-apa yang disembelih oleh seorang kanak-kanak yang belum mumayyiz demikian juga orang tua yang telah hilang kewarasannya. Tamyiz ialah memahami percakapan dan dapat menjawab soalan dengan betul. Maka tidak halal apa-apa yang disembelih oleh seorang gila, mabuk dan pengidap penyakit Mubarsam (مبرسم) dan seumpamanya disebabkan ketiadaan kemampuan untuk berniat.

Al-Imam Ibn Qudamah berkata: 

“Kesimpulannya bahawa setiap orang yang boleh sembelih dari kalangan umat Islam dan Ahli Kitab, apabila dia menyembelih, halal memakan sembelihannya, samada dia seorang lelaki, perempuan, sudah baligh atau masih kanak-kanak , merdeka atau hamba. Tidak kami ketahui ada perbezaan dalam persoalan ini. Kebaikan sembelih :

Kenapakah Islam mensyariatkan binatang perlu disembelih?.  Bila ia diwajibkan dalam agama Islam pasti ia ada kelebihan dan kebaikannya, terutamannya dari sudut kesihatan. Konsep sembelihan dalam Islam atau zabiha telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan cara yang baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Agama Islam ajar penganutnya supaya memastikan pisau untuk sembelihan mesti tajam, beri minum dan makan yang cukup sebelum binatang disembelih. Pisau sembelihan tidak boleh ditunjuk kepada binatang sembelihan dan tidak boleh sembelih depan binatang lain.

 HIKMAH SEMBELIHAN


1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria, darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM.

2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain.

3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih. Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan. 

Oleh itu, haiwan tersebut tidak merasai kesakitan. Ketika hampir mati, haiwan itu meronta, menggeliang-geliut, menggeletar dan menendang, bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan.


SYARAT SAH SEMBELIHAN


  • Alat sembelihan mestilah berada dalam keadaan yang tajam tidak kiralah anda menggunakan pisau, parang atau kapak. Tujuan penggunaan alat sembelihan yang tajam adalah untuk mempercepatkan sembelihan agar haiwan tersebut mati dengan serta merta.
  • Saluran pernafasan, kerongkong dan saluran darah haiwan tersebut mestilah dikerat. 
  • Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala haiwan tersebut dibuang. Pengeluaran darah ini bertujuan mengelakkan haiwan daripada mudah dijangkiti bakteria. 

 KAJIAN SAINTIS TENTANG SEMBELIHAN


Cara Islam sembelih (zabiha) ialah potong leher/kerongkong dan salur udara dan saluran darah leher tetapi ia tidak rosakkan saraf tunjang (spinal cord).  Jika saraf ini rosak, saraf yang bersambung pada jantung akan putus dan berlaku serangan jantung yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada binatang. Zabiha akan mengeluarkan darah yang banyak.  Jika potong leher, jantung masih berdenyut dan binatang tidak mati serta merta.

Kini diketahui dalam darah ada bakteria, kuman dan toksin. Daging sembelih bebas dari bakteria kerana segala kekotoran tersebut keluar bersama darah yang banyak. Daging sembelihan juga akan kekal segar lebih lama berbanding dengan kaedah sembelihan lain.

Kini diketahui cara zabiha itu lebih bertimbang rasa dan tidak menyakitkan binatang berbanding kaedah stunning yang digunakan oleh orang bukan Islam. Dengan kaedah zabiha bekalan darah kepada saraf akan berhenti yang menyebabkan kesakitan terhenti.  Binatang tidak rasa sakit lagi. Kaki binatang yang disembelih kelihatan menendang itu bukan menandakan kesakitan. Sebaliknya kerana kesukaran bernafas sebab kekurangan darah dan oksigen dalam badan.

Pada pendapat Prof. Wilhelm Schulze dan Dr Hazim tentang tajuk: “Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing”.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan kajian tersebut. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.  Beberapa ekor haiwan disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut cara Barat menggunakan kaedah Captive Bolt Pistol Stunning (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan. 

 TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM 


Tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

 KESIMPULAN


Daripada hasil kajian tersebut, Profesor  Schulze dan Dr Hazim menyimpulkan bahawa kaedah sembelihan Islam adalah yang terbaik kerana lebih bertimbang rasa. Manakala amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan pula seperti yang diamalkan oleh Barat mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang serba lengkap. Tidak ada lagi agama yang setanding dengannya.  Apa jua yang diperintahkan dalam Islam pasti ada kebaikannya.  Ini kerana perintah itu datangnya dari Allah SWT, pencipta semua perkara dan benda di atas muka bumi ini.

Pada pendapat kami tentang topik ini terbuktilah bahawa binatang wajib disembelih oleh semua umat Islam di muka bumi ini bagi menjalankan tugas sebagai seorang muslim.

 RUJUKAN


LAMAN UTAMA

  MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM KUMPULAN : 3 NAMA ; AZIM AIZAD BIN RAZALI NO.MATRIK : 04DKA21F2040 NAMA: ADIB MUQRI BIN MO...